Sunday, January 10, 2010

Sepintas Lalu ...

Kumpulan tarian Galang Maya merupakan sebuah kumpulan tunas budaya dari Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti. Kumpulan ini telah ditubuhkan pada awal tahun 2007 di bawah program bimbingan Seni Budaya Negara Negeri Selangor. Murid-murid terdiri dari pelbagai peringkat umur dan sebilangannya telah dilatih seawal umur 6 hingga 12 tahun. Kumpulan tarian ini telah mula berkembang dan menjadi salah satu kelab yang aktif di sekolah.

Pelbagai pencapaian dan penglibatan telah diraih di mana kumpulan tarian ini berjaya mencipta sejarah peribadi apabila merangkul gelaran johan keseluruhan bagi Pertandingan Tarian Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kumpulan tarian Galang Maya akan terus berazam melahirkan pencinta seni yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam memartabatkan seni budaya dan warisan bangsa agar terus kukuh bertapak dan menjulang nama Malaysia ke persada dunia.


Lentera timur lambang kemegahan,
Tarian Melayu tugu kemasyuran,
Tunas budaya pendukung warisan,
Galang Maya kilauan bergemerlapan

No comments:

Post a Comment