Monday, April 25, 2011

Majlis Santapan DiRaja 2011

Galang Maya sedang menanti untuk menari 'Inang Renek' di Majlis Santapan Diraja yang berlangsung di Hotel Royal Chulan pada 20 april 2011

Thursday, April 21, 2011

Ujibakat Teater


Alhamdulillah.. Selesai sudah ujibakat teater... tahniah kepada mereka yang terpilih... latihan intensif akan bermula pada minggu hadapan.. selamat berjaya pada anda semua

Thursday, April 14, 2011

Transkripsi Buat Bahtera Galang Maya..


Dari tinta Galang Maya. Sebuah transkripsi indah mula di ukir. Namun disebalik tapak kecil ini mula melangkah melakar kenangan indah, tersimpan seribu satu rahsia yang tak mungkin dapat dilupakan. Onak duri bagaikan bertali arus harus di lalui. Kecil bukan penghalang. Bagaikan sang kerdil yang bertatih, melangkah meredah ranjau kehidupan sebagai seorang pelajar dan Anak Seni, pastinya kenangan bersama ini tidak dapat dilupakan. Sebuah kumpulan yang dulunya tidak dikenali, namun kini Gah di pentasnya sendiri.

Penat lelah, diharungi bersama. Aku kagum dengan semangat waja anak-anak kecil ini. Sejarah diukir, tak kiralah pahit ataupun manis. Tapi itulah sebuah kenangan abadi indah yang tidak dapat dilupakan. Jatuh bangunnya Galang Maya, kerana semangat juang yang tak pernah padam. Cinta pada seni, tapi pelajaran tidak dilupakan. Cemerlang di Pentas seiring dengan kejayaan dalam pelajaran. Jika dapat di coret satu persatu langkah yang diatur oleh Anak-anak seni ini, pastinya air mata jernih akan mengalir.

Dari lenggok badan, langkah kaki di susun seiring dengan rentak lagu. Jiwa bagaikan sudah sebati dengan irama Inang, Joget dan Zapin. Setiap rentak yang dulunya kaku, kini sudah rancak mengikut alunan muzik. Dari lantai usang hinggalah ke lantai pentas yang ternama semuanya sudah di ukir. Dari tanah air, hinggalah ke peringkat antarabangsa sudah dilakar. Pastinya, kenangan yang dikecapi oleh Anak Seni Galang Maya ini akan di kenang sampai bila-bila. Sayu hati tatkala di saat terakhir gerak tari yang di tari oleh Ahli Senior terpaksa meninggalkan saudara Galang Maya tercinta. Namun, sekalung ucapan tahniah di ucapkan kerana telah berjaya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Seni Johor Bharu..

Ingat, suka duka, tawa tangis ketika berada di Galang Maya harus dijadikan sebuah transkripsi sejarah. Kepada bahtera Galang Maya yang baru, teruskan dengan perjuangan anda. Patah tumbuh hilang berganti. Salam seribu kenangan buat semua.

Zapin, Inang tarian Istana,
Ditari indah mengikut rentak;
Binalah Bahtera dengan sempurna
Semoga tak mudah di lambung Ombak.


Catatan Tinta,

Tuesday, April 12, 2011

Matra Cilik


hehehe mesti ramai tertanya mana datang kumpulan Matra Cilik nie....
sebenarnya ini adalah 'adik' kepada Galang Maya.... walaubagaimanapun nama ini hanya diguna pakai untuk sementara waktu sahaja dan akan kembali semula kepada nama Galang Maya... pertandingan kali ini merupakan cubaan pertama bagi mendedahkan murid baru situasi sebenar pertandingan.. walaupun tiada tempat, semangat dan kesungguhan yang ditonjolkan oleh murid ini membuatkan saya teruja.... tahniah diucapkan kerana Matra Cilik :) selamat datang ke dunia Galang Maya....

Tahniah.. Festaka UM 2011




Tahniah buat Galang Maya kerana berjaya mendapat tempat ketiga di dalam pertandingan FESTAKA UM 2011... walaupun tahun ini GM terdiri ramai dari ahli baru namun persembahkan kalian tidak mengecewakan dan harus diberi pujian... Insyallah tahun depan kita cuba lagi :) jadikan pertandingan ini sebagai pengalaman yang berharga... Chaiyok!! Chaiyok!!
Terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada Cikgu Mamat, Kak Ana, Abg Hazari ,Guru Besar, Pn Hjh Siti Amarah,GPK KOKO, Pn Shamsiah, GPK HEM, GPK 1, Cikgu Rose Helina Ladjuba, Kak Nora Zain,abg Fit, Nora Jab, Semua Guru2 SKPM, rakan-rakan seperjuangan dan ibu bapa kerana banyak membantu dan menjadi penyokong kepada Kumpulan GM.. Jasa kalian takkan dilupakan...

Monday, April 11, 2011

Tahniah!! Galang Maya.......mengorak langkah ke SSMJB


Seramai enam orang ahli Galang Maya berjaya menempatkan diri di Sekolah Seni Malaysia Johor Bahru pada tahun ini..
Tahniah diucapkan kepada Syafiq, Ilham, Zuhairi, Syazwani, Nur'Izzah dan Syahirah...
Kami disini mendoakan yang terbaik anak-anak GM semua semoga terus cemerlang, gemilang dan terbilang biarpun dimana jua kalian berada.. perteguhkan jati diri, adat dan budaya serta warisan bangsa ke persada dunia.

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..... bersua kita kembali setelah lama admin tidak mengupdate blog GM ini kerana kesibukan kerja dan kekangan masa (mengalahkan PM pulak hehehehe) ... Alhamdulillah ahli Galang Maya semakin bertambah bak kata pepatah ' Patah Tumbuh Hilang Berganti'.. Terima kasih kepada Ibu Bapa mahupun Penjaga kerana turut sama memberi sokongan kepada kumpulan Kesenian Galang Maya..
Kepada anak-anak SK Pulau Meranti jika anda betul-betul berminat dan mempunyai bakat seni tarian, nyanyian mahupun teater bolehlah berjumpa dengan Cikgu Reza untuk sesi ujibakat kerana terdapat beberapa program yang akan menyusul sepanjang tahun ini..