Monday, March 29, 2010

Galang Maya SK Pulau Meranti: Juara FESTAKA 2010.

"Mengorak langkah tari, menggamit tarian tradisi" ~ begitulah indahnya pesona tema Festival Tari Kanak-kanak (FESTAKA) 2010 yang telah berlangsung di Auditorium Perdanasiswa, Universiti Malaya pada 28 Mac 2010 baru-baru ini. Sebanyak 11 buah pasukan tarian yang terdiri daripada kanak-kanak sekolah rendah di sekitar Selangor bersaing sihat dalam usaha memartabatkan tarian tradisi Melayu.

<SAMSUNG DIGITAL CAMERA> Pentas FESTAKA 2010

Tarikh keramat 28 Mac 2010 ini juga telah menjulang nama pasukan Galang Maya SK Pulau Meranti sebagai Juara keseluruhan bagi FESTAKA 2010. Segala jerih-payah dan komitmen yang tinggi daripada jurulatih-jurulatih serta penari-penari Galang Maya tanpa mengira masa dan waktu berbaloi apabila berjaya merangkul dan membawa pulang piala FESTAKA 2010.

<SAMSUNG DIGITAL CAMERA>

Kumpulan Galang Maya SK Pulau Meranti sedang beraksi

Lebih manis, 2 orang penari Galang Maya iaitu Mohd Syafiq bin Azam dan Nur Syazwani muncul sebagai penari terbaik bagi lelaki dan wanita. Pakaian yang dipakai oleh penari-penari Galang Maya pada pagi yang penuh gilang-gemilang itu berjaya mencuri perhatian juri apabila meraih anugerah busana terbaik.

<SAMSUNG DIGITAL CAMERA>

Nur Syazwani dan Mohd Syafiq Azzam

<SAMSUNG DIGITAL CAMERA>

Busana indah menggamit suasa

<SAMSUNG DIGITAL CAMERA> Johan Keseluruhan FESTAKA 2010

Sekalung tahniah buat semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan impian emas ini. Juga tahniah buat SK Sungai Bumbun (A) dan SK Puchong Perdana yang mendapat Naib Johan dan Tempat Ketiga FESTAKA 2010. Semoga Galang Maya dan kumpulan-kumpulan tari yang lain terus gah dalam arena tari.

1 comment:

  1. tahniah n teruskan bersama menggemilangkan senitari
    Senitari WAJAH bangsa...
    I'm so proud of u!!

    ReplyDelete