Monday, March 29, 2010

Galang Maya SK Pulau Meranti: Juara FESTAKA 2010.

"Mengorak langkah tari, menggamit tarian tradisi" ~ begitulah indahnya pesona tema Festival Tari Kanak-kanak (FESTAKA) 2010 yang telah berlangsung di Auditorium Perdanasiswa, Universiti Malaya pada 28 Mac 2010 baru-baru ini. Sebanyak 11 buah pasukan tarian yang terdiri daripada kanak-kanak sekolah rendah di sekitar Selangor bersaing sihat dalam usaha memartabatkan tarian tradisi Melayu.

<SAMSUNG DIGITAL CAMERA> Pentas FESTAKA 2010

Tarikh keramat 28 Mac 2010 ini juga telah menjulang nama pasukan Galang Maya SK Pulau Meranti sebagai Juara keseluruhan bagi FESTAKA 2010. Segala jerih-payah dan komitmen yang tinggi daripada jurulatih-jurulatih serta penari-penari Galang Maya tanpa mengira masa dan waktu berbaloi apabila berjaya merangkul dan membawa pulang piala FESTAKA 2010.

<SAMSUNG DIGITAL CAMERA>

Kumpulan Galang Maya SK Pulau Meranti sedang beraksi

Lebih manis, 2 orang penari Galang Maya iaitu Mohd Syafiq bin Azam dan Nur Syazwani muncul sebagai penari terbaik bagi lelaki dan wanita. Pakaian yang dipakai oleh penari-penari Galang Maya pada pagi yang penuh gilang-gemilang itu berjaya mencuri perhatian juri apabila meraih anugerah busana terbaik.

<SAMSUNG DIGITAL CAMERA>

Nur Syazwani dan Mohd Syafiq Azzam

<SAMSUNG DIGITAL CAMERA>

Busana indah menggamit suasa

<SAMSUNG DIGITAL CAMERA> Johan Keseluruhan FESTAKA 2010

Sekalung tahniah buat semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan impian emas ini. Juga tahniah buat SK Sungai Bumbun (A) dan SK Puchong Perdana yang mendapat Naib Johan dan Tempat Ketiga FESTAKA 2010. Semoga Galang Maya dan kumpulan-kumpulan tari yang lain terus gah dalam arena tari.

Tuesday, January 19, 2010

Rentetan Persembahan 2009 ...



Ahli-ahli Galang Maya di program realiti TV Mentor TV3




Ahli-ahli Tari tampak yakin melakukan gerakan tarian sempena Jamuan Teh Diraja



Bersama guru pembimbing tarian Galang Maya SK Pulau Meranti; Encik Mohd Riza Feelaqiz bin Shauri

Tuesday, January 12, 2010

Portrait Galang Maya ...



Ahli-ahli Tari Galang Maya 2009:

Elyas, Ilham, Syafiq, Zuhairi
Syafiqah, 'Izzah, Syazwani, Hani


Pencapaian ...

  1. Johan Pertandingan Tarian Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan 2008
  2. Johan Pertandingan Tarian Sekolah Rendah Peringkat Negeri 2008
  3. Johan Pertandingan Tarian Sekolah Rendah Peringkat Daerah 2008
  4. Johan Pertandingan Tarian Rampaian Tradisional Pra-sekolah Peringkat Negeri 2008
  5. Johan Pertandingan Tarian Rampaian Tradisional Pra-sekolah Peringkat Daerah 2008
  6. Naib Johan Pertandingan Tarian Festival Tari Kanak-kanak anjuran Universiti Malaya 2009

Sunday, January 10, 2010

Sepintas Lalu ...

Kumpulan tarian Galang Maya merupakan sebuah kumpulan tunas budaya dari Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti. Kumpulan ini telah ditubuhkan pada awal tahun 2007 di bawah program bimbingan Seni Budaya Negara Negeri Selangor. Murid-murid terdiri dari pelbagai peringkat umur dan sebilangannya telah dilatih seawal umur 6 hingga 12 tahun. Kumpulan tarian ini telah mula berkembang dan menjadi salah satu kelab yang aktif di sekolah.

Pelbagai pencapaian dan penglibatan telah diraih di mana kumpulan tarian ini berjaya mencipta sejarah peribadi apabila merangkul gelaran johan keseluruhan bagi Pertandingan Tarian Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kumpulan tarian Galang Maya akan terus berazam melahirkan pencinta seni yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam memartabatkan seni budaya dan warisan bangsa agar terus kukuh bertapak dan menjulang nama Malaysia ke persada dunia.


Lentera timur lambang kemegahan,
Tarian Melayu tugu kemasyuran,
Tunas budaya pendukung warisan,
Galang Maya kilauan bergemerlapan